Monday 11 September 2017

gunung ledang

TANGKAK...... siapa kata tangkak ni takde tempat yang menarik... selain ada banyak kedai kain di sepanjang jalan payamas.. dari depan balai polis hinggalah ke hujung sebuah gudang baju mm .... the store dan lain -lain (menjadi tumpuan pelajar KMJ) terutama  the store. Tangkak juga mempunyai sebuah gunung yang sangat cantik.... rugilah siapa yang tak pernah sampai ke sini. Ha.... disini Tangkak terkenal dengan Gunung Ledang. Gunung Ledang adalah gunung yang paling tertinggi di Johor tau.
   Gunung Ledang terletak tidak jauh dari bandar Tangkak. emm ada lah gak pelancong luar datang... setakat ni adalh Mat salleh datang...
Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat

di Daerah TangkakJohorMalaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu AsahanMelaka. Dengan ketinggian 1,276 meter [1], Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan SumateraIndonesia dengan jelas.
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. Stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor, Melaka, bahagian barat daya Pahang dan sebahagian selatan Negeri Sembilan. Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah KluangBatu PahatMuar dan Tangkak di Johor dan daerah JasinMelaka. Bagi kawasan lain di Melaka siaran TV RTM menerima pancaran dari Gunung Tampin dan Gunung Telapa Burok. Bagi siaran radio pula, pemancar FM dikhususkan bagi pendengar di seluruh Negeri Melaka, daerah TangkakMuarBatu Pahat dan Kluang di Johor, bahagian barat daya Pahang seperti Keratong dan bahagian selatan Negeri Sembilan seperti TampinGemenchehGemasKota dan sebahagian kawasan Jempol. Terdapat juga dua stesen pemancar khusus untuk Negeri Sembilan Timur yang pancarannya dari Gunung Ledang. Talaannya dihala ke kawasan timur Negeri Sembilan untuk siaran Negeri FM. Begitu juga satu saluran radio Johor FM yang talaannya dihalakan ke daerah SegamatTangkakMuar dan Kluang.
Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu lagenda, iaitu lagenda Puteri Gunung Ledang.
 Nak tau lagi tak... Gunung Ledang nie... terkenal dengan Lagenda Gununung Ledang.... (lagenda ??? mcm nama batch aku jer) ok... baiklah ada yang kata puteri gunung ledang ni hanyalah mitos semata mata ... tapi ada juga sesetengah pendapat mengatakan puteri ini wujud..... hanya allah yang menetahui.... ada juga mengatakn dia pernah berjumpa dengan puteri tersebut ... apabila mendaki gunung ledang... tapi seeloknye .. baiklah kita menjaga adab adab ketika berada dalam hutan... janganlah kita berlagak sombong ... bercakap besar .. ataupun melakukan perkara yang tidak elok ketika hendak mendaki gunung ledang... takut takut nanti tak balik pulak ke rumah...
ha... inilah puncak gunung ledang...
bagi yang datang berkeluarga atau dengan kawan kawan ... untuk bercuti... disini juga ada resort yang menawarkan harga berpatutan dan servis yang sangat tip top... korang bolehlah bermandi manda kat sini.... air terjun GL sangat cantik dan sejuk... tak hairanlah kalau gunung ledang ni tersenarai dalam top ten carta sepuluh di astro prima... selain dari gunung ledang gak.... bandar tangkak juga menawarkan banyak kedai kain yang menawarkan pelbagai kain ... kain yang sangat cantik.. sebab tulah Tangkak nie diiktioraf sebagai bandar Tekstil.
 
ha... kat sinilah admin selalu lepak... nasi ayam ali memang terbaik.. selain ada sate .... sedap sangat..
nilah dataran tangkak... tempat selalu lepak malam malam .. hujung minggu..lampu kat sini cantik... ramai orang lepak kat sini setiap hujung minggu
nilah permandangan sepanjang jalan di bandar tangkak.. penuh dengan kedai kain